Showing posts with label my son. Show all posts
Showing posts with label my son. Show all posts

19 June 2014

Kereta baru Darwish




Assalamualaikum

hai korang! dah bangun tido? haha... yang tengah baca ni mestilah dah bangun tido kan. pi get ready solat subuh lekaihhh. kat Miri ni dah lama masuk waktu subuh. dekat jam 5pagi lagi subuh kat sini. terkulat-kulat nak bangun subuh kalau tak biasa. bila dah biasa, kat semenanjung pun jadi nak bangun awal. hehe... 






ni nak bercerita mengenai kesukaan anak teruna dini. dia suka sangat dengan mainan kereta dan bas. lori traktor pun ada cuma yang paaaling dia suka adalah kereta dan bas terutamanya kereta kecil-kecil. siap bawak pegi ke mana sahaja tak kira masa. tido pun boleh peluk mainan dia.







terbaru, kereta ni yang dibeli papa darwish. jadi macam penggemar kumpul koleksi kereta dah pula.






bangun tido terus cari kereta dia







hehe... Alhamdulillah anak mama hepi dengan mainan dia. semalam ada beli mainan bas baru untuk darwish. later dni stori eyyy... saja nak abadikan kenangan-kenangan mainan darwish dalam blog mama. nanti darwish dah besar darwish boleh tengok cerita-cerita dia kat sini :') love you sayang!

05 June 2014

Baju Tidur baru untuk Darwish


 Assalamualaikum, hai korang!









Darwish dah nak masuk umur 2 tahun lagi dua bulan tau. 3 minggu yang lepas, mama cukur botakkan kepala Darwish. nak bagi pertumbuhan rambut baru tumbuh dengan lebih sopan, hensem dan jayanya. hehehe... lain nampak muka Darwish dengan tak ada rambu macam ni. nampak lebih 'matured' dan macho sikit. masa ada rambut nampak macam budak-budak. tapi Darwish memang budak-budak pon. hahah! ape yang mama cakap ni? adeih...








disebabkan umur Darwish dah mula meningkat, maka baju-baju dia banyak yang dah jadi senteng, butang paling last duk atas puast, seluar  pun dah mula ketat. kesian anak mama. terutamanya baju-baju lengan panjang sebab biasa dok pakai long sleeve time nak tido je. so mama topup baju-baju lengan panjang dululah setakat ni. sebab baju t-shirt Darwish Alhamdulillah setakat ni masih padan lagi. dah beli yang besar siap-siap sebelum ni. baju lengan panjang je dok pakai yang sejak dia umur 9bulan. hohohhhh tu pasallah senteng habis.



dni belikan darwish 5 set baju tidur. nak pakai buat pegi jenjalan pun okay design macam ni. kira 2 in 1 teruslah. 4 set untuk umur 2tahum 1 set yang umur 3 tahun. sehelai rompers yang bersaiz 18m tapi nampak gaya dia kena tunggu umur 4tahun dulu baru padan kut sebab cutting dia besar sangat. dan lagi dua helai tu seluar stoking atau dipanggil busha. dni suka pakaikan busha kat Darwish malam-malam sebab Darwish tak suka pakai stoking dan selimut. tidur dalam aircond kan sejuk. bila pakai busha, at least tak adalah sesejuk seluar biasa.




okay tu je lah nak share new outfit untuk Darwish. mama is kering idea. tapi kes ada esempatan hapdet terus mama hapdet dan meraban. muahahahaa ;p





07 May 2014

Mimijumi pun tak layan



bai bai botol susu mimijumi. mama dah jual dah kat orang yang lebih memerlukan. darwish langsung tak layan botol susu mimijumi tu. pandang pun tak sudi. siap buat 'eeeeee' 'eeee' -_____-" sabojelah mama.


sekarang, mama dalam usaha nak wean off darwish dengan susu badan. masalahnya dia tak nak botol susu. tu yang mama jadi kesian dengan dia kalau tak BF. dengan gelas tak nak dengan botol ada straw pun tak nak. tatau nak wat cemana dah.